Want your
own Fotopage?







 
koleksi lumba foto gengjurnal

By: lumba foto gengjurnal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 12-Jul-2005 12:00 Email | Share | | Bookmark
Julai 2005 - Usang

sayangmama
sayangmama
sayangmama
sayangmama
Ayares
Buttet
Buttet
Delamyra
Delamyra
View all 30 photos...
PEMENANG LUMBA FOTO JULAI: USANG
Penafsiran USANG sememangnya amat luas. Jesteru para juri yang membantu hakim pun turut sama pening dalam mengadili tema yang subjektif ini. Terima kasih saya ucapkan kepada juri-juri yang turut sama membantu saya dalam penghakiman bulan ini. Jasamu kukenang hehe.

Berikut adalah senarai pemenang LF bulan ini:

Tempat Pertama
Komen hakim: Gambar Engku menepati tema. Jelas dilihat motor cup jenis lama, di tambah keadaan sekeliling yang menyebabkan suasana usang menyelubungi motor tersebut. Feel usang tersebut amat terasa.

Nama: Engku
Tajuk : Speda Usang
Lokasi : Kuala Muda Kedah
Kamera : D70

Tempat Kedua
Komen hakim: Biarpun pintu kuning tersebut kelihatan baru, ia memberikan kontra kepada dinding-dinding disekelilingnya. Pintu tersebut sebenarnya menyerlahkan keusangan pada dinding yang diselaputi lumut dan cat yang terkikis. Pemilik bangunan harus mengecat dinding selain pintunya saja.

Tajuk Foto: Kedai Pintu Kuning
Jurufoto: Nash V. Khan
Kamera: Canon PowerShot A400
Resolusi: 3.2 megapixel
Url: http://nashfotolapulak.fotopages.com

Tempat Ketiga
Komen hakim: Jelas menggambarkan bahawa perahu tersebut tidak dapat digunakan lagi. Tersadai dipantai. Seolah menunggu nasibnya berkecai dipukul ombak. Foto ini pasti bertambah menarik sekiranya Elaira menebas sikit rumput di hadapan bot tersebut serta membiarkan kapal dibelakang berlalu dahulu.

Tajuk: Puing-puing semalam.
Nama: Puteri Elaira Eliza
url: http://elaira.fajaronline.com @ http://www.elaira.net
Shutter : 1/365sec
Aperture : F3.4

Lain-lain gambar pilihan juri:
Kami mahu menobatkan gambar ini antara 3 pemenang bulan ini tetapi gambar dari tok rimau ini adalah gambar keempat beliau. Kami mengambil 3 gambar beliau yang terdahulu sebagai penyertaan.

Tempat: Tmn Kinabalu
Nama: Jali
Fotoblog:http://www.flickr.com/photos/jali/

Hakim tertarik dengan keklasikan dan kesyahduan yang terdapat pada rumah/bangunan tersebut. Sayangnya ia telah digilapkan dengan cat baru jesteru menjejaskan keusangannya.

Tajuk Foto : Usang ditelan yang baru
Lokasi : Melaka
Jurufoto : Jamil
Kamera : Canon PowerShot A40
Resolusi : 2.0 megapixel

Gambar ini penuh dengan cerita. Siapa pakcik ini? Dari mana dia datang? Bagaimana dia datang? Mengapa dia disitu? Sendiriankah dia dalam hidupnya? Sayang sungguh gitar beliau menganggu foto ini. Para juri teringin nak melihat wajahnya.

Nama: Buttet
tajuk : meniti usia usang
url : http://buttet.fotopages.com
lokasi: pudu raya , Kuala Lumpur

************************************************

Tahniah buat para pemenang! Tahniah juga buat mereka yang tidak berjaya, gambar kalian semua hebat-hebat belaka! Jangan putus asa! Harap cuba lagi dan lagi dan lagi.
Jangan lupa, kali ini, submit sehingga 5 foto!


By OP..

****************************************************************************

Utk LF ini, belum sempat saya upload semua gambar. Proses ni memakan masa. Jadi harap bersabar ya tuan puan adik kakok semua. saya coba menten pelan-pelan

Tumpang iklan yer..

Jom jengok ke FP saya http://aisyahyusoff.fotopages.com/ untuk barangan-barangan pinggan mangkuk spt Pyrex,Corningware,Visions dan Tupperware yang terkini dengan harga murah.
_________________
http://aisyahyusoff81.fotopages.com
Thu 28-Feb-2008 17:34
Posted by:aisyah
Mohon laluan tuan empunya laman..
Dah puas keluar masuk fotopages, website dan blog tapi tak jumpa2?
Mencari cenderahati/hadiah/barangan seperti

~ POUCH
~ PURSE KECIL
~ PHONE CASING
~ PAPER BAG
~ GOODIES BAG

utk tetamu majlis kenduri kahwin/aqiqah/birthday anak/majlis berkhatan?
Sila lawati ** http://gift4guest.fotopages.com ** anda mungkin temuinya di sini.
Thu 6-Mar-2008 16:14
Posted by:Syurina gift4guest@yahoo.com  - [Link]
very nice

http://www.dmartoza.com
D'Martoza photo - wedding photographer
(Gaya Tersendiri Digital)
Sun 13-Apr-2008 03:25
Posted by:martoza  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Thursday, 30-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lumba Foto Jun 2005 | Kenderaan

 
 
 
 
 
 
View all 41 photos...
TEMA LUMBA FOTO JUN: KENDERAAN

Para peserta boleh letak gambar kenderaan apa sahaja. Apa yang penting ianya adalah bersifat sesuatu yang boleh ditunggangi (opss..)!


PEMENANG LUMBA FOTO JUN : KENDERAAN

Hakim : AyAres151 dibantu oleh juri-juri profesional.

Pada Alifnya, ese amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak pentadbir Lumba Foto atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada ese untuk menghakimi lumba foto jun ini walaupun ese masih muda dalam bidang ini, baru setahun jagung dan dalam proses pembelajaran.

Dari awalnya lagi ese dah bersiap sedia melantik juri-juri bagi mengadili foto dari peserta. Juri terdiri dari blogger yang lebih arif lagi dan juga terdiri dari profesional & amatur photographer yang ese kenali.

Dalam tema kali ini ( KENDERAAN ), kebanyakkan juri menekankan dari sudut :
1. FRAMING - mcm kita masukkan gambar dalam frame, tentu kita nak subjek nampak jelas dalam frame. Maka begitu la dalam teknik fotografi, Framing amat penting. Ada setengah peserta shoot Subjek tp memasukkan sekali background yang membuatkan penonton tidak fokus kepada Subjek yang ingin ditonjolkan. Apa yang kita nak adalah SUBJEK dan background adalah cerita sebaliknya.

2. COMPOSITION - isi kandungan yang terdapat dalam gambar membuatkan gambar itu hidup. Kalau kita shoot kenderaan bergerak, kita nak tau pergerakkan ia laju atau perlahan. Jika kenderaan itu berhenti, kita nak tau dia berenti di mana ( tepi jalan, traffic light, di jeti, di kawasan parking? ).
Aspek ini juga memainkan peranan penting untuk menimbulkan mood kepada penonton.
Cth : gambar kanak2 menangis. - kalau kita shoot hanya kanak-kanak menangis disebuah bilik, kita hanya rasa sedih biasa saja, tp kalau kita shoot kanak2 menangis bersama background Ombak dibelakang dan sedikit kemusnahan, kita akan merasai kesedihan yang amat bila mengenangkan Tsunami. Inilah dikatakan cerita disebalik foto.
Itu cuma contoh biasa.

Dan juri juga menekankan dari sudut 'ANGLE'.
- Angle juga TERamat penting. Kalu shoot kereta dari belakang, gambar itu tidak menampakkan keseluruhan kereta. Kalu takde logo, org taktau kereta apa. Kalu shoot dari depan, orang tak nampak bontot kereta tu. Kalu katakan nak shoot product kenderaan, ANGLE paling menarik dan berkesan adalah dari hadapan sebelah kiri atau hadapan sebelah kanan dan belakang sebelah kiri /kanan. Maknanya kita boleh lihat subjek dari 3 sudut yang berbeza.

Ramai orang bleh shoot kenderaan dan ramai yang shoot kenderaan statik ( yg tak bergerak ). Tapi Tak ramai yang shoot kenderaan tengah memecut laju ( agak susah juga sebenarnya ). Sebenarnya ese mengharapkan ada peserta yang post foto PANNING iaitu kenderaan memecut laju dan subjek nampak jelas tetapi background akan blur motion. Tp amat sukar nak dapatkan foto panning bagi kita semua yang beginner.

Okies. Ini keputusannya yg telah dihitung kira oleh juri-juri.

PERTAMA : Kenderaan Atas Kenderaan by Tilotama

Komen :
FRAMING yang tepat. Beliau tak shoot keseluruhan subjek tetapi mengambil sebahagian kenderaan dan sedikit tingkap ( mungkin ). Gambar ini seolah frame di dalam frame. COMPOSITION , menceritakan feri membelah laut, tidak berapa laju dan membawa kenderaan yang banyak memberitahu ianya adalah Feri Pengangkutan kenderaan.

KEDUA : Lumba Rezeki by Rudy Bluehikari

Komen :
Framing. Ese rasa penonton boleh menjawab sendiri. Subjek jelas ditengah2. Dikuatkan lagi dengan sebuah bas dan kereta.
Composition. Apa yang kita nampak dulu? Bagi saya dan juri2, kami nampak basikal yang unik. Bas/kereta itu biasa. Jadi tumpuan diberikan kepada pengayuh basikal dan basikalnya. Tema adalah kenderaan. Ada 3 jenis kenderaan yg mempunyai fungsi yang berbeza. Dan banyak cerita disebalik gambar ini. Penonton boleh ungkapkan sendiri.

KETIGA : Nelayan Dah Pulang by MSN

Komen :
Framing, 2 subjek utama masih jelas dan tidak out of frame.
Composition, di sini beliau menggerakkan kamera ke kanan bagi menceritakan perahu nelayan itu berada di muara sungai. Dan b/g matahari menunjukkan waktu senja. Dan bukan hanya 1 perahu tp beberapa buah perahu lain juga sudah pulang.
Katakan kalau beliau ambil gambar dari sebelah kanan dan fokus kearah pokok hijau, sudah tntu kita tidak tahu tentang waktu dan dimana persekitaran itu. Mungkin sungai biasa dan bukan di muara.
-gambar sedikit blur dan underexpose.

Juri-juri mintak ese lotakkan gambar yang terpilih tetapi menyatakan kesilapan gambar itu agar peserta boleh mempelajarinya nanti. Antaranya :

1. Akan Terus Ku Nanti by Blueshades
- bila lihat foto ini, ese kagum terpegun. Tapi ia kurang menepati tema. Foto ini lebih sesuai kepada tema Pemandangan. Penonton lebih tertarik untuk menggerakkan mata sekitar pantai dan laut dan awan. Kalau difokuskan lebih dekat dan dari angle bucu belakang bot itu lagi menarik dan mungkin akan jadi tempat kedua.

2. Bot Buruk by Tok Rimau
- Ese tertarik amat dengan foto ini tapi juri memberikan komen, bot ini tidak lagi menjadi kenderaan. Framing ok. Angle sepatutnya kebawah sedikit agar nampak b/g belakang bot. Composition ada. Juri mencadangkan agar bot ini kembali masuk bertanding kepada tema USANG bulan ini. MUNGKIN ada harapan menang tp bergantung pada juri-juri semasa.

3. Gen2 by Didiz
- Angle menarik. tp framing sedikit lari. Sepatutnya lebihkan sedikit lagi ke kanan. Starburst menarikkan perhatian penonton agar menonton kesitu dan disitu ada subjek.

4. Sedia by Buttet
- modern classic. angle menarik cuma tiada cerita yang boleh disampaikan. Rata2 orang boleh tangkap gambar seperti itu dan dimana saja ada walaupun kenderaan berbeza seperti foto Skuter Klasik by Tok Rimau.

Care to comment?


Tuesday, 31-May-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lumba Foto Mei 2005 | Haiwan

 
 
 
View all 43 photos...
TEMA LUMBA FOTO, MEI : HAIWAN

tak kisahlah gambar binatang apa korang nak letak, yg penting ianya 'haiwan' (errr.. w/pun ada org kata 'manusia ialah 'haiwan sosial' tapi.. mana bleh wehhh.. )


KEPUTUSAN LUMBA FOTO MEI 2005: HAIWAN

HAKIM: RUDY BLUEHIKARI & DIBANTU 3 ORANG JURUGAMBAR AMATUR/PROFESIONAL

Aksi spontan saya ketika melihat barisan foto-foto yang mengambil bahagian ialah PENING KEPALA! Semuanya hebat-hebat belaka!

Sebelum itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak urusetia yang memberikan saya peluang menjadi hakim untuk Lumba Foto Mei 2005. Disebabkan status saya yang masih lagi belajar dalam dunia fotografi, maka saya telah mengambil keputusan untuk mendapatkan pandangan dan penilaian daripada 4 orang jurufoto bertaraf amatur dan professional dalam arena fotografi dan ada dikalangan mereka bukan ahli GJ untuk sama-sama berdiskusi dan membuat keputusan siapakah yang paling layak memenangi Lumba Foto Mei 2005.

Agak mengejutkan apabila ada peserta yang menarik kembali penyertaan dan menukarnya dengan gambar-gambar baru, tanpa mereka menyedari gambar yang ditarik balik itu menepati kehendak juri dan hakim untuk menempatkan diri di tangga paling tinggi dalam Lumba Foto ini. Walau bagaimanapun, juri telah membuat keputusan untuk menghormati kehendaknya dan juri membuat penilaian akhir tanpa melibatkan gambar-gambar tersebut.

Untuk pengetahuan, semua penilaian akhir saya buat semasa bertugas rasmi di Melbourne Australia. Saya mengambil kira elemen “antarabangsa” dalam memberikan keputusan yang saya kira dibuat secara demokrasi ini. Saya bersandarkan tajuk dan gambar tanpa melihat siapakah pemetik kameranya bagi mengelakkan keputusan bias.

Pandangan keseluruhan foto yang turut serta –

Kebanyakan jurugambar mengabaikan unsur ketajaman (sharpness) subjek dan framing (membingkai subjek) dengan betul/menarik ketika mengambil gambar. Kebanyakan gambar yang menyertai pertandingan terlalu meletakkan subjek penuh dalam foto sehingga menghilangkan kekuatan subjek (sebagai contoh foto ANGKAT BERAT).

Untuk pertandingan profesional/amatur peserta tidak dibenarkan meletak sebarang text diatas gambar, oleh demikian, diharapkan peserta pertandingan ini membiasakan diri dengan peraturan yang diterima pakai ini pada masa-masa akan datang. Foto yang menarik dan kuat mesejnya tidak memerlukan sebarang text sebagai tambahan untuk menguatkan foto tersebut kerana foto yang menarik dan padat dengan unsur-unsur peraturan asas fotografi (tidak semua foto yang menarik perlu memenuhi peraturan asas fotografi sebenarnya) sudah cukup melayakkan foto tersebut dalam kategori ‘pictures speak a thousand words’

Berikut adalah senarai foto yang berjaya dalam Lumba Foto pada kali ini:-

TEMPAT PERTAMA: MASAM-MASAM MANIS - Op

Gambar ini memenuhi kreteria komposisi, fokus (subjek yang tajam (sharp)), depth of field (kedalaman medan). Juri sependapat untuk meletakkan gambar ini di tempat yang selayaknya. Tahniah!

TEMPAT KEDUA: ANGKAT BERAT - AyAres151

Gambar ini sangat baik dari sudut ketajamannya. Kaitan kumbang tanduk dan batu itu mencerita segala-galanya walau hanya dengan sekilas pandang. Tetapi alangkah baiknya (seperti yang dinyatakan dalam komen keseluruhan di atas tadi) jika jurugambar tidak terlalu meletakkan subjek penuh dalam foto sehingga menghilangkan kekuatan subjek. Baik jika ‘frame’nya diperluaskan.


TEMPAT KETIGA: TOLONG PANGGILKAN CSI! - baims00

Gambar ini menepati komposisi subjek walaupun kurang dari segi ketajamannya. Ini adalah antara gambar yang sukar untuk diambil. Ia menceritakan segala-galanya dan gambar percikan darah itu sangat hidup.

selamat menonton koleksi lumba foto... terima kasih.

Mod
Thu 30-Jun-2005 15:54
Posted by:AyAres151 imayus@yahoo.com  - [Link]
Lawa2 la gambar..Best
Wed 13-Jul-2005 12:58
Posted by:Kai-77  - [Link]
Add comment


Thursday, 31-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lumba Foto MAC 2005 | SAYANG

Anak Geng Jurnal- Tok Rimau
TENTANG MATA NENEK-bluehikari
LENTOK-pnut
View all 30 photos...
TEMA LUMBA FOTO, MAC: SAYANG

SAYANG mempunyai makna yang luas, dan makna sayang tersebut bergantung pada setiap individu, latarbelakang hidup, budaya, persekitaran. Mungkin perkataan sayang tersebut boleh diterjemahkan sebagai kasih sayang ibu dan anak, ayah dan anak, pasangan suami isteri, nenek/datuk dengan cucu, ahli keluarga bahagia, terhadap haiwan peliharaan (pets), pasangan kekasih (dalam batasan yg sepatutnya), antara sahabat/kawan/best friend, pada hartabenda (kereta/motor/kamera/dll)...

"Picture worth a thousand words"
Apakah makna SAYANG tersebut pada diri anda. Terjemahkan makna SAYANG tersebut dalam bentuk gambar/imej dan biarlah hasil kerja anda yang berbicara.


PEMENANG LUMBA FOTO, MAC: SAYANG

Saya teramat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk mengadili Lumba Foto kali ini.
Mencari makna sayang dalam foto tidaklah semudah mencari foto yang tercantik. Setiap penyertaan mampu menggambarkan 1001 makna sayang.
Dan saya mengambil masa yang lama untuk memilih setiap foto.
Benar, setiap foto yang dihantar mengandungi mesej sayang oleh si pengambilnya.
Namun demikian, saya membuat keputusan memilih pemenang melalui sayang yang dapat saya rasakan pada foto tersebut, selain dari ciri-ciri keunikkan gambar, komposisi, pencahayaan, sudut penggambaran, kejelasan (sharpness) yang ada pada setiap penyertaan.
- Hakim : Amyz

Berikut adalah 3 foto terbaik yang berjaya memaparkan makna SAYANG.. :-

Tajuk : Dakap Hangat

Ulasan Hakim :
Pandangan mata seorang ibu terhadap bayi yang baru dilahirkan jelas menggambarkan kasih sayang seorang ibu yang tidak berbelah-bagi kepada anaknya.


Tajuk : Ciuman Kasih

Ulasan Hakim :
Foto ini berjaya menggambarkan kasih suami terhadap isteri serta senyuman bahagia si isteri menggambarkan sayang yang tidak berbelah bahagi. Semoga berbahagia ke akhir waktu.


Tajuk : Anak

Ulasan Hakim :
Foto ini juga berjaya menggambarkan kasih sayang bapa kepada anaknya. Si anak juga dapat menggambarkan kegembiraan atas kasih-sayang ayah yang tidak berbelah bahagi.

tahniah buat semua pemenang
Sun 3-Apr-2005 23:51
Posted by:Op  - [Link]

saya sebagai hakim merasa bangga.. hnss.. hnsss.. hahaha..
Mon 4-Apr-2005 01:37
Posted by:Amyz  - [Link]
Add comment


Monday, 31-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lumba Foto JANUARI 2005 | AIR

Teh-O Suam Table 12 - AyAres151
Air Duit- Lan
Mineral-walids
View all 27 photos...
Terlalu sedikit, kita kan mati. Terlalu banyak pun kita akan mati. Begitulah peri pentingnya air dalam kehidupan kita. Mulalah pamerkan gambar laut, sungai, parit, lopak, hujan, air dalam cawan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan air.

Pemenang Lumba Foto Januari: Air
Sukar untuk hakim membuat pemilihan pemenang kerana penyertaan kali ini membariskan gambar-gambar yang amat menarik serta memaparkan seni air yang tersendiri. Setiap satunya mempunyai nilai artastika yang tidak membataskan air dari sudut air minuman sahaja. Tahniah buat para peserta.

Tajuk : Gayung Merah


Tajuk : Quench Your Thirst 1


Tajuk : Selepas Hujan

Care to comment?


Friday, 31-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lumba Foto DISEMBER | AWAN & LANGIT

Awan Memalu Kekucingan - AyAres151
Langit Putrajaya - AyAres151
Langit Lazuardi Memayung Bumi-AyAres151
View all 22 photos...
Tajuk : Langit Yang Kita Junjung

Komen hakim :
Gambar ini menepati tajuk dan memenuhi prinsip fotografi iaitu ‘one third rule’.di mana objek yang hendak dipaparkan hendaklah tidak lebih daripada 1/3 daripada keseluruhan gambar. Teknik fotografi juga amat baik di mana tiada overexpose(terlebih terang) dan tiada underexpose(terlebih gelap). Yang paling menonjol ialah perspektif jurugambar ini dapat diterjemahkan dengan baik sekali.

Tajuk : keluar kerja pagi buta, balik rumah senja-senja

Komen Hakim :
Gambar yang menarik juga dan masih memenuhi ‘one third rule’. (awan, matahari dan bangunan). Bentuk bangunan yang gelap menjadi latar horizon yang menarik. Lebih dan amat menarik sekiranya ada ‘landmark’ tertentu di kalangan bangunan yang menjadi latar horizon. Dedahan yang digunakan tepat dan berjaya merakamkan suasana yg dilihat.

Tajuk : Awan dari kapalterbang

Komen Hakim :
Masih mengekalkan 1/3 rule dengan perspektif yang menarik daripada dalam kapal terbang. Lebih menarik jika sayap kapal terbang berada di bawah horizon laut supaya kontras warna antara awan dan laut boleh dilihat dengan jelas. Teknik adalah biasa (snapshot) dan tidak dirancang.

nice pic!
Thu 10-Mar-2005 15:17
Posted by:shadz
foto langit kat atas tu sume lawa²
Fri 11-Mar-2005 11:42
Posted by:bali  - [Link]
...
bagus banget...langit itu bening....
Fri 11-Jan-2008 13:01
Posted by:dhe desi.aryanto@gmail.com
View all 4 comments Add comment


Sunday, 10-Oct-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lumba Foto OKTOBER 2004 | BUNGA

Rintihan Madu- Tok Rimau
Mandi Embun-op
Macro-macro'an - cikeasy
View all 14 photos...
- foto sudah dihapus dari koleksi pemenang ini.
Komen hakim :
Hakim ternganga melihat gambar ini. Bunga ini ibarat kesunyian ditengah latar belakang yang kabur. Imej ini jelas lagi nyata. Seakan ada cerita tagik-romantis di sebalik gambar. Kecantikan bunga yang ringkas dipaparkan dengan jelas dan menarik. Cemerlang sekali gambar ini. Boleh buat kalendar atau poskad.

- foto sudah dihapus dari koleksi pemenang ini
Komen hakim :
Sungguh seni hakim melihat ceracak kuning di hadapan kekaburan ceracak hijau. Contrast yang menarik lagi memegunkan. Pemilihan subjek yang baik. Cun gambar ni. Boleh buat kad raya.

Tajuk: merah menyala oh jantungku, berdegup pantas kernamu

Komen hakim :
Contrast warna yang baik permainanan. Merah atas latar hijau pekat. Hebat gambar ni. Boleh buat kad Depavali.

Care to comment?


Tuesday, 31-Aug-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lumba Foto OGOS 2004 | MERDEKA

Commercialisation of Merdeka - Tok Rimau
Merdeka Raya - Sabertooth
Bangunan DBKL - Hujan Bendera - Sabertooth
View all 13 photos...
Komen hakim:
Amat susah hendak memilih pemenang. Semua gambar baik-baik belaka. Anda adalah pemenang hanya kerana mengambil bahagian. Walau bagimanapun kita ikut adat berlumba mestilah ada juaranya. Juara kali ini tersenarai di atas. Tahniah. Gamabar tuan-tuan menyentuh jiwa.
Gambar Tempat ketiga mempamerkan permainan visual jalur-jalur garisan vertikal. Ianya amat minimalist namun tetap memberi kesan kerana asas garisan-garisan vertikal yang menonjol. Gambar tempat kedua amat baik kerana imej jam serta bendera yang amat sinonim dengan sambutan merdeka. Imej dedaunan yang kabur memperkasakan lagi subjek utama foto, bendera dan jam. Syabas. Gambar tempat pertama amat menyentuh jiwa kerana ia menangkap keunikan sambutan kemerdekaan itu sendiri. Emosi dan kesungguhan pada subjek dalam meraikan Merdeka itu amat jelas. Komposisi asasnya adalah perspektif namun ianya disembunyikan dalam kelompok imej manusia bersatu padu dalam harmoni menjayakan satu usaha. Syabas kepada semua sekali lagi.

Tajuk : Menghasilkan jalur gemilang terpanjang


Tajuk : Menanti Detik 12 Malam Di sini


Tajuk : Jalur-Jalur Gemilang


Care to comment?


Saturday, 31-Jul-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lumba Foto Julai 2004 | PASAR

Baju Mokcik Macam Limo Nipih, Kota Bharu.
Jalang-jalang Di pasar, Kuala Trengganu.
Lari Sebelum Pitih Habih, Kota Bharu
View all 5 photos...
Tema bulan ini adalah PASAR.

Pasar : merangkumi pasar malam, pasar tani, pasar awam, pasar lambak atau sebagainya.

tips : anda boleh mengambil foto - makanan yang dijual di pasar, gelagat penjual dan pembeli, orang2 yang datang ke pasar. atau apa sekalipun. cuba dapatkan foto dari posisi yang menarik.


-foto asal telah dihapus dari koleksi pemenang ini..

Tajuk : Jambangan Kantan



- foto asal telah dihapus dari koleksi pemenang ini.

Wed 19-Jul-2006 09:36
Posted by:unnamed
Add comment


Thursday, 29-Jul-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
lumba foto jun 2004 | perkahwinan

tempat pertama oleh engku
tempat ketiga oleh tok rimau
 
View all 16 photos...
Keputusan pemenang Lumba Foto JUN 2004. Keputusan ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria, antaranya :

1. kesesuaian foto dengan tema.
2. kreativiti foto
3. artistik foto

Tempat Pertama : Ungku
Tempat Kedua : Mukeh (gambar tiada dlm simpanan)
Tempat Ketiga : Tok Rimau

sila lawat http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3140 untuk keterangan lanjut

saper yang create ni ek? ingin eden membantu?
Thu 3-Mar-2005 13:32
Posted by:AyAres151 imayus@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.